Terma & Syarat

Syarat-Syarat Am (Sila baca dengan teliti)

1. Pihak penganjur dengan ini menerima bahawa anda telah bersetuju dengan segala syarat yang telah ditetapkan.

2. Peserta berumur 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menghadiri program ini.

3. Peserta boleh menaiktaraf (“Upgrade”) pakej program daripada pakej rendah ke pakej tinggi tetapi tidak boleh turuntaraf (‘Downgrade”) daripada pakej tinggi ke pakej rendah. Permohonan pertukaran yang dibenarkan hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada pihak penganjur pada bila-bila masa sebelum program dan dalam tempoh 14 hari selepas program tamat.

4. Sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri ke program pada tarikh yang telah ditetapkan:-

a. Pihak penganjur perlu dimaklumkan secara bertulis dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh program.

b. Anda MESTI menghadiri program yang sama dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh pendaftaran program dibuat. Pendaftaran anda akan terbatal sekiranya tiada kehadiran dalam tempoh 6 bulan yang telah ditetapkan dan semua pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.

c. Sekiranya terdapat sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, anda boleh menukar ke mana-mana program/produk lain dibawah anjuran pihak penganjur dalam tempoh 1 tahun sahaja.

d. Penggantian dengan penama lain DIBENARKAN (cas RM100 dikenakan) dan permohonan pertukaran nama mesti dibuat secara bertulis selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh program.

Pembayaran

1. Segala pembayaran yang telah dibuat kepada pihak penganjur untuk tujuan penyertaan program yang telah didaftarkan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

2. Bayaran penuh yuran penyertaan program mestilah diselesaikan 7 hari sebelum program bermula. Kegagalan menjelaskan baki bayaran yuran penyertaan anda sebelum program akan mengakibatkan penyertaan anda dibatalkan.

3. Sekiranya anda telah menjelaskan bayaran penuh bagi pakej yang ditawarkan, anda dibenarkan untuk menunda ke program dan pakej yang sama pada tarikh yang akan datang dalam tempoh 6 bulan. Anda MESTI memaklumkan pihak penganjur untuk tujuan ini secara bertulis.

4. Akan tetapi, sekiranya anda menunda program yang telah didaftarkan dan bayaran penuh masih belum dijelaskan, jumlah yuran penyertaan program baru akan dikenakan mengikut harga dan pakej semasa. Perlu dijelaskan bahawa anda tidak lagi berpeluang mendapatkan harga promosi yang ditawarkan pada tarikh borang ini ditandatangani.